• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Cara Berkesan Tangani Isu Babitkan Kepentingan Rakyat

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – UMNO perlu melaksanakan tiga cara atau pendekatan yang didapati berkesan dalam menangani isu membabitkan kepentingan rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau cara tersebut ialah turun ke bawah menemui rakyat secara bersemuka, penggunaan media konvensional dan media baharu.

Katanya pendekatan secara bersemuka membolehkan UMNO mendapat bermacam maklumat dari pelbagai peringkat masyarakat dan mengikut keperluan mereka.

“Maklum balas inilah diperlukan kerajaan untuk menangani masalah rakyat supaya kita tidak menyampaikan penerangan syok sendiri. Lebih baik rakyat menegur dari kita terbiar dalam kegelapan.

“Contohnya, tinjauan mesra di Perlis semalam dan hari ini tidak sia-sia kerana saya dapat banyak maklum balas,” katanya kepada media selepas mengadakan sembang santai dan dialog dengan pemandu-pemandu teksi Perlis di sini, hari ini.

Annuar berkata bagi menjayakan konsep kerajaan prorakyat, UMNO masih perlukan media konvensional kerana lebih berkredibiliti dan relevan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat berbanding media baharu.

Beliau menambah penggunaan media baharu seperti Facebook harus ditingkatkan walaupun kajian menunjukkan UMNO lebih ke hadapan berbanding pembangkang dalam menggunakan platform tersebut.

“Kami mesti bergerak sekata dan bersepadu dengan menggerakkan tiga cara ini secara sistematik, saya yakin UMNO mampu mengatasi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang,” tambahnya.

Beliau berharap UMNO di peringkat negeri, bahagian dan cawangan akan meneruskan penggunaan tiga kaedah tersebut bagi memenuhi konsep barisan prorakyat.

Mengenai program dialog dengan pemandu teksi tersebut, Annuar berkata beliau mengambil maklum rintihan mereka antaranya pendapatan tidak sampai RM600 sebulan, dinafikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), memohon subsidi minyak dan bantuan tayar untuk dibawa kepada perhatian Perdana Menteri.

Katanya rayuan golongan itu sangat wajar dan relevan dan kerajaan mungkin boleh menimbang melaksanakan semula subsidi minyak bagi syarikat pengangkutan awam dan teksi atau membuat konsep sara hidup mengikut zon atau bantuan dalam bentuk terus seperti pemberian tayar seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Mengenai BR1M, Annuar berkata perkara itu telah dibincangkan oleh kerajaan yang boleh dibuat mengikut kesesuaian.

“Komen-komen di luar batasan yang menghinakan memang menjadi budaya masyarakat negara ini namun setiap pemimpin akan membuat yang terbaik bagi memenuhi aspirasi rakyat,” kata Annuar. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

OKU Gembira Terima Kunjungan Najib Di Bachok

Next Post

Sebanyak 400 Unit Rumah PPR Akan Dibina Di Dengkil

Related Posts

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

08/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang eskport ayam buat masa ini bagi menjamin bekalannya dalam negara betul-betul...

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

30/06/2022
0

PUTRAJAYA: Sistem pengeluaran bekalan makanan di setiap peringkat perlu dibuat kawalan bagi mengelak wujudnya kartel atau orang tengah yang cuba...

Next Post

Sebanyak 400 Unit Rumah PPR Akan Dibina Di Dengkil

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd