• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Petugas PBB Warga Malaysia Tinggal Di Beijing

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Dua petugas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) antara 11 warga Malaysia yang dilarang meninggalkan Korea Utara awal minggu ini, selamat tiba di Beijing, China semalam dan akan tinggal di sana buat sementara.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican berkata kedua-dua mereka yang bertugas di bawah Program Makanan Sedunia PBB, Stella Lim and Nyanaprakash Muniandy telah sampai di Beijing dan akan meneruskan program di sana.

“Saya telah bercakap dengan Stella menerusi telefon dan saya diberitahu mereka akan tinggal di Beijing untuk program PBB di sana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mereka adalah pemegang pasport PBB dan mereka dibenarkan meninggalkan Pyongyang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tweet terbarunya pada Khamis, menyatakan kedua-dua rakyat Malaysia itu, yang merupakan sebahagian daripada petugas PBB, telah tiba di Beijing.

Bagaimanapun Reezal berkata beliau masih berhubungan dengan sembilan lagi rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara dan semuanya dilaporkan dalam keadaan selamat.

Katanya mereka masih boleh dihubungi dan bebas bergerak.

“Saya akan sentiasa menghubungi mereka di Korea Utara dan (ketika ini) tiada sebarang bentuk ancaman berlaku terhadap mereka, dan mereka bebas bergerak seperti biasa. Bila saya bercakap dengan Stella, beliau juga melaporkan perkara yang sama,” katanya.

Reezal berkata waris mereka di Malaysia telah dimaklumkan mengenai keadaan mereka di sana.

Kerajaan akan terus berusaha untuk membebaskan mereka yang masih berada di Pyongyang, katanya.

“Keutamaan kita ialah membawa mereka pulang segera dan dalam keadaan selamat,” katanya.

Reezal turut menggesa media supaya tidak mensensasikan isu itu kerana kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya antara dua negara.

Dilaporkan bahawa Korea Utara pada Selasa, melarang kesemua rakyat Malaysia itu daripada meninggalkan negara berkenaan, yang menyebabkan Malaysia mengambil tindakan serupa, dan keadaan menjadi tegang ketika polis masih lagi menyiasat pembunuhan Kim Chol atau yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un. – BERNAMA

Tags: PBBrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd