• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Peniaga Kerugian Gerai Musnah Kejadian Ribut

oleh Ahmad Albab
30/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang peniaga bukan sahaja kerugian selepas gerai dan barang jualannya diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut semalam malah nyaris maut apabila terjatuh ke dalam tali air sedalam kira-kira dua meter di belakang gerainya.

Sufyan Mat Nordin, 26, berkata dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, beliau sedang berniaga laksa dan air tebu di tepi jalan Bukit Merah, Permatang Pauh di sini sebelum tiba-tiba angin kuat serta ribut disusuli hujan lebat.

“Semasa kejadian, terdapat dua pekerja dan tiga pelanggan sedang menikmati laksa…kami semua lari menyelamatkan diri ke kawasan lapang berhampiran sawah padi.

“Ribut kuat itu memusnahkan gerai saya, semua bumbung, kerusi, meja dan peralatan lain diterbangkan ke kawasan sawah padi sejauh 50 meter,” katanya ketika ditemui di kawasan gerainya di sini hari ini.

Katanya, beliau bernasih baik kerana sempat berpaut pada tebing tali air dan berada dalam air hampir 15 minit sebelum diselamatkan orang ramai.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Mohd Zani Saad, 45, yang berniaga pisang goreng dan minuman di sebelah gerai Sufyan, berkata beliau menyedari rakannya itu terjatuh ke dalam tali air selepas mendengar dia menjerit meminta tolong.

“Gerai saya turut musnah dalam kejadian ribut itu…habis semua meja serta peralatan dan bahan jualan diterbangkan angin kuat. Saya rugi kira-kira RM4,000,” katanya. – BERNAMA

Tags: peniagaribut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH, 20 Jun 2026 — Sebanyak 248 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat...

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd