• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

150 Polis Johor Sertai Kembara Motosikal Kapcai

oleh
30/03/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dalam usaha mendekati masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor hari ini memulakan konvoi bermotosikal ke empat daerah iaitu Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat, meliputi jarak sejauh 361 kilometer.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata ini merupakan kali kedua aktiviti itu dijalankan dengan melibatkan 150 peserta terdiri daripada anggota dan kakitangan PDRM Johor dari pelbagai daerah dan jabatan.

“Aktiviti ini dijalankan bagi mendekati orang ramai dan setiap daerah yang dilawati kita akan adakan aktiviti bersama masyarakat seperti Kepolisan Profil Tinggi dan gotong royong.

“Kami mahu masyarakat di luar tahu bahawa polis prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat. Ia juga peluang bagi kami berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama rakan sekerja di daerah dan jabatan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kembara Bermotosikal Kapcai Program Meet dan Greet bersempena sambutan Hari Polis Ke-210 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru, di sini hari ini.

Menurutnya, segala perbelanjaan aktiviti itu ditanggung sendiri oleh peserta tanpa melibatkan kewangan kerajaan.

Wan Ahmad Najmuddin juga memaklumkan program konvoi itu merupakan cetusan idea daripada Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Zakaria Ahmad yang turut mengetuai kembara pada kali ini.

“Peserta kita akan bermalam di Mersing dan pada keesokan harinya, mereka akan ke Kluang sebelum ke Labis, Segamat. Daerah-daerah pada kali ini merupakan daerah yang tidak sempat dikunjungi pada konvoi sebelum ini,” jelasnya.

Menurut sambutan peserta terhadap perogram amat menggalakkan hingga pihaknya terpaksa mengehadkan jumlah peserta kerana khuatir jumlah yang terlalu ramai akan sukar untuk dikawal. – BERNAMA

Tags: kapcaiPolis Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis siasat rakaman video ugut polis dalam ceramah politik

28/02/2022
0

BATU PAHAT: Polis Johor mengesahkan pihaknya kini menyiasat satu rakaman video ceramah parti politik yang tular di media sosial, memaparkan...

Palsu Dokumen Babitkan TMJ: Dua Beranak Diburu

21/10/2021
0

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang memburu dua beranak susulan dipercayai berkaitan dengan pemalsuan dokumen membabitkan Tunku Mahkota Johor, Tunku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd