• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis siasat rakaman video ugut polis dalam ceramah politik

oleh AK-47
28/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT: Polis Johor mengesahkan pihaknya kini menyiasat satu rakaman video ceramah parti politik yang tular di media sosial, memaparkan seorang penceramah mengeluarkan ayat tidak sepatutnya ketika berkempen.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, dalam rakaman video itu, penceramah berkenaan meminta pihak polis melanjutkan tempoh masa ceramah ketika berkempen, namun tidak dibenarkan.

Mengulas lanjut, katanya rakaman tersebar memaparkan penceramah itu mengeluarkan ungkapan ‘Bila kita jadi kerajaan balik, korang taulah nanti’ yang disebut dalam bahasa Cina.

“Siasatan awal mendapati, ceramah berkenaan diadakan pada malam kelmarin di bilik gerakan sebuah parti politik di Yong Peng, Batu Pahat.

“Kejadian berlaku jam 8.30 malam dan berakhir jam 10 malam,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, bagaimanapun ceramah berkenaan mempunyai permit polis dan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dikesan ketika pemantauan dilakukan.

“Susulan itu, pihak polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan rakaman video berkenaan dan kini menjalankan siasatan lanjut.

“Pihak polis menyeru semua parti politik bertanding supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

beliau berkata, parti politik wajib mematuhi arahan pegawai penguasa yang bertugas bagi sama-sama membendung penularan wabak COVID-19.

BHonline-

Tags: Ceramah PolitikPolis Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Palsu Dokumen Babitkan TMJ: Dua Beranak Diburu

21/10/2021
0

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang memburu dua beranak susulan dipercayai berkaitan dengan pemalsuan dokumen membabitkan Tunku Mahkota Johor, Tunku...

Polis Siasat Pemalsuan Dokumen Libat TMJ

08/10/2021
0

JOHOR BAHRU - Polis Johor melakukan siasatan berhubung kes pemalsuan dokumen surat aku janji bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd