Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Veteran UMNO Dakwa Mufti...

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendakwa Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd....

Video: Ditumbuk Bertubi-Tubi Sebelum...

ALOR SETAR - Tidak cukup begnya dirampas, seorang wanita cedera apabila ditumbuk bertubi-tubi...

Pisau, Parang ‘Terbang’ Dari...

“BUKAN setakat cat dibungkus di dalam beg plastik dan botol kaca, malah pisau...

BN, PAS Bekerjasama Dalam...

MUAFAKAT... Barisan Nasional (BN) akan bekerjasama dengan pihak PAS untuk bentuk satu blok...

Warga Emas Melecur Dalam Kebakaran Di Alor Setar

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga emas, Yap Kon Hin, 65, melecur pada tangan dan muka akibat disambar api apabila rumahnya di Taman Asas Jalan Alor Merah, di sini, terbakar kira-kira 7 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, mangsa mengalami kecederaan ketika berusaha memadamkan api di bahagian dapur rumahnya menggunakan alat pemadam api sementara pembantu rumahnya keluar mendapatkan pertolongan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu bersama pembantu rumahnya berusia 20-an sedang memasak kuih-muih untuk diedarkan di kedai sekitar daerah ini.

“Kita masih menjalankan siasatan dan percaya dalam keadaan dapur yang dipenuhi surat khabar dan kabinet kayu itu, api lebih mudah menyambar dan marak dengan cepat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar dikejarkan ke lokasi sekitar 7.13 pagi tadi selepas menerima maklumat awal pada 7.05 pagi.


Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati sebuah rumah teres terbakar terutama di bahagian dapur.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dan ketika kejadian isterinya, berusia 60-an dan dua anak berusia 30-an tiada di rumah,” kata Nur Hafizah.

Mangsa yang melecur dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

Kategori