• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vietnam Masih Siasat Pasport Wanita Ditahan Di Malaysia

oleh AK-47
22/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Vietnam sedang menyiasat maklumat berkaitan seorang wanita menggunakan pasport negara itu yang ditangkap polis Malaysia berhubung pembunuhan rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam di Malaysia pada 13 Februari, lapor Vietnam News Agency (VNA).

VNA memetik Jabatan Konsular Kementerian Luar sebagai berkata pada Isnin bahawa sebaik sahaja mendapat maklumat tentang kes itu, kementerian tersebut mengarahkan Kedutaan Vietnam di Malaysia “supaya bekerjasama dengan pihak tempatan berkenaan bagi membuat pengesahan tentang maklumat itu”.

Seorang wanita menggunakan pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong ditangkap di Malaysia susulan pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di Sepang, Malaysia.

VNA melaporkan bahawa agensi berkenaan di Vietnam juga sedang menyiasat kes itu secara rapi.

Katanya, Kedutaan Vietnam di Malaysia juga memantau kes itu secara rapi.

Polis Malaysia juga menahan seorang wanita, Siti Aishah, yang mengggunakan pasport Indonesia; seorang lelaki Malaysia dan seorang lelaki Korea Utara.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Februari untuk menunggu penerbangan ke Macau, yang dijadualkan sejam kemudian apabila seorang wanita secara tiba-tiba menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi racun.

Lelaki itu kemudian meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan klia2 dan dihantar ke hospital, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Jong-nam ke Malaysia pada 6 Februari menggunakan pasport dengan nama Kim Chol. – BERNAMA

Tags: kes bunuhKim Jong-NamKorea UtaraVietnam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam

Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang diketahui umum sebagai mahir dalam masakan menunjukkan...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd