• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utamakan Pendidikan Kepada Anak-Anak

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Ibu bapa terutama di kawasan luar bandar diminta memberi keutamaan dari segi pendidikan kepada anak-anak agar mereka menjadi generasi yang berguna kepada negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan berkata ini kerana pendidikan amat penting bagi mengelakkan berlakunya keciciran dalam kalangan anak-anak.

Tambah beliau, jika pendidikan diabaikan, pihaknya bimbang ia boleh menyebabkan anak-anak terjebak dalam kancah jenayah.

“Pendidikan menjadi aset utama untuk memajukan diri dan keluarga dalam melahirkan modal insan yang berguna kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran program Kelas Bestari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Perak Utara di SJKT Theresa’s Convent di sini, hari ini.

Program itu merupakan anjuran Persatuan Tamilsiriyar Perak Utara (PTPU) dengan kerjasama Unit Khas Pembangunan Masyarakat India (SEDIC) Jabatan Perdana Menteri yang disertai lebih 300 murid berumur 8 hingga 10 tahun membabitkan 31 buah sekolah di seluruh Perak Utara.

Saravanan berkata objektif program itu adalah bagi meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran, mengesan kelemahan murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Matematik.

Tambahnya, program berkenaan dilaksanakan bagi menggalakkan dan membimbing murid-murid berkenaan dari segi ketahanan mental dan fizikal.

Beliau berkata program itu diharap menjadi contoh kepada negeri-negeri lain untuk memperkasa murid-murid daripada tercicir dalam pendidikan.

Selain itu, beliau berkata pencapaian pelajar-pelajar bangsa India dalam pendidikan amat memuaskan berbanding 10 tahun lalu.

“Ini kerana beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka terutama dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Matematik dan bahasa Inggeris,” katanya. – BERNAMA

Tags: anakPendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd