• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50 Bukan Mustahil – Ahmad Razif

oleh Ahmad Albab
28/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Transformasi Nasional 2050 (TN50) bukan sesuatu yang mustahil jika generasi muda mengubah cara pemikiran dan terus menanam impian, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata, usaha berterusan juga perlu dilakukan dan golongan berkenaan harus bersedia menempuh sebarang cabaran yang mendatang.

“Kita perlu bersedia dan mesti mencabar kelaziman serta berfikir di luar kotak. Di Terengganu, usaha kerajaan negeri sentiasa ada untuk usaha tersebut dengan menyediakan pelbagai bantuan sejak daripada peringkat awal.

“Jika idea anak muda boleh dicantum dan dilaksanakan, ia tentunya membawa faedah yang menakjubkan pada masa hadapan sama ada dalam pendidikan mahupun perkara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Dialog TN50, yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Isnin malam.

TN50 yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Ia mula diperkenalkan pada Jan lalu dan sesi jelajah TN50 telah bermula di Sabah, dan Terengganu menjadi negeri kedua yang dipilih bagi program berkenaan.

Seramai 3,000 orang terdiri daripada pelajar hadir pada majlis tersebut dan kira-kira 30 orang tampil memberi pandangan dan aspirasi menjelang TN50.

Antara idea yang diketengahkan termasuk keinginan melihat Malaysia menjadi pengeluar produk makanan dan tidak bergantung kepada negara luar, memperkasakan peranan guru serta mewujudkan satu aliran sekolah sahaja.

Terdahulu, Ahmad Razif mengetengahkan impian TN50 yang ingin dicapainya dengan mempunyai ramai anak negeri yang hebat dalam bidang agama dan mampu mengubah landskap ekonomi sedia ada.

“Impian kami untuk melahirkan ramai seperti Sulaiman Embong…anak yatim yang miskin tetapi mencipta pelbagai keajaiban dalam pelajaran, hafaz al-Quran dan akhirnya mempunyai syarikat hebat yang menyumbang kepada ekonomi negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: TN50
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasangan Tanpa Malu Berselingkuh Depan ATM

Next Post

Lelaki India Nama Cina Pada MyKad Anak Angkat

Related Posts

TN50 Buatkan Anak Muda Rasa Lebih Dihargai

06/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mengangkat suara serta aspirasi anak muda membuatkan mereka rasa lebih dihargai dan...

125,000 Penghafaz Al-Quran Dilahirkan Di Bawah TN50

31/03/2018
0

KOTA BHARU - Sejumlah 125,000 penghafaz al-Quran dijangka dilahirkan di bawah program Tranformasi Nasional 50 (TN50) menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz...

Next Post

Lelaki India Nama Cina Pada MyKad Anak Angkat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd