Friday, May 17, 2024

Creating liberating content

AS Puji Cara Malaysia...

PUTRAJAYA: Kejayaan Malaysia dalam pengurusan isu pengawalan wabak Covid-19 lebih setahun lalu menerima...

Varian Delta Plus Dikesan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan penemuan dua kes...

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan...

IPOH – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan video tular di media...

2 Wanita Bertudung Kantoi...

SATU rakaman video memaparkan dua orang wanita mencurigakan sedang menabur sesuatu di hadapan...

Tiga Rumah Hampir Musnah Dalam Kebakaran

BUKIT GANTANG – Tiga buah rumah teres separuh papan hampir musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Taman Jaya, Kampung Baru, Simpang, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Hasna Rashid berkata bomba menerima panggilan pada 10.19 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati api sedang marak.

“Operasi pemadaman dapat dikawal daripada merebak ke rumah berhampiran kira-kira 11.18 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu.

Seorang mangsa, Chang Meng Long, 65, berkata beliau tiada di rumah ketika kejadian kebakaran melibatkan rumahnya itu.


Katanya, beliau dihubungi oleh rakan-rakannya yang memaklumkan kejadian itu lalu bergegas pulang ke rumah.

“Apabila sampai ke rumah saya dapati rumah saya sudah terbakar dan barangan dalam rumah tidak sempat diselamatkan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Chang berkata beliau bersyukur kerana seorang anak lelakinya, Chui Fong, 17, yang ketika itu berada di rumah terselamat. – BERNAMA

Kategori