• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Kumpulan Berebut Kuasa Dalam PAN

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mendakwa kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub bahawa PAS akan berpecah dua kerana berbaik dengan UMNO adalah taktik parti itu untuk mengalih perhatian umum daripada isu dalaman parti berkenaan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mendedahkan sebenarnya PAN yang kini berada diambang perpecahan kerana berlaku perebutan kuasa tiga kumpulan dalam parti serpihan PAS tersebut.

“Saya melihat kenyataan Salahuddin ini cuba untuk mengalihkan perhatian umum terhadap perpecahan yang semakin ketara di dalam PAN.

“Saya menjangkakan sekurang-kurangnya ada tiga kumpulan yang sedang bersaing untuk menguasai PAN,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Zuhdi mendedahkan tiga kumpulan yang sedang berebut kuasa dalam PAN adalah kumpulan Mohamad Sabu, kumpulan Datuk Husam Musa dan kumpulan yang cenderung kepada badan bukan kerajaan Pertubuhan IKRAM Malaysia

“Disebabkan persaingan itu, sehingga hari ini tidak diketahui bila PAN akan membuat pemilihan pimpinan baru, sedangkan pemegang jawatan sekarang tidak dipilih melalui muktamar atau mesyuarat agung,” katanya.

Salahuddin hari ini mendakwa PAS berdepan dengan perpecahan setelah menampakkan kerjasama dan hubungan baik dengan parti terbesar kaum Melayu UMNO.

Justeru, beliau percaya PAN akan berjaya merampas Kelantan daripada PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang taksub kepada Pakatan Harapan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penubuhan PAN dengan sokongan padu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertujuan menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap DAP dan PKR sebagai beban politik.

DAP dan PKR bagaimanapun cuba memujuk PAS kembali menyertai pakatan pembangkang selepas mendapati PAN gagal menarik sokongan majoriti umat Islam.

Pelawaan itu ditolak PAS menyebabkan parti itu mula diserang dengan pelbagai propaganda oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan seperti yang mereka lakukan ke atas UMNO selama ini. -MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPASUMNOZuhdi Marzuki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd