• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Hargai Peranan Media Tangkis Tohmahan

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Peranan media dalam menyebarkan kefahaman dan memberi penjelasan tepat mengenai sesuatu isu mampu menangkis pelbagai tohmahan daripada pihak tidak bertanggungjawab, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata banyak isu dibangkitkan pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu terutama menjelang pilihan raya umum.

“Jika nak diikutkan sejak dulu lagi, apa sahaja pembangunan yang kita buat pasti ada sahaja yang membangkang, namun sekarang kita lihat mereka yang membangkang dulu turut menikmati kemudahan hasil pembangunan yang dijalankan kerajaan.

“Namun, saya sangat berterima kasih atas hubungan baik yang terjalin antara media dan kerajaan negeri selama ini kerana banyak penjelasan diberi kepada rakyat mengenai isu-isu tersebut yang akhirnya dapat memberi mereka kefahaman yang sangat jelas dan tidak lagi terpengaruh dengan tohmahan tersebut,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama media di Seri Iman, kediaman rasmi Menteri Besar malam tadi yang dihadiri lebih 150 pengamal media dari pelbagai agensi.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga sangat menghargai peranan media dalam menyampaikan berita dan maklumat pantas mengenai bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Laporan tepat dan pantas ini sangat penting bagi membolehkan kesemua mangsa banjir dibantu sewajarnya walaupun pada masa sama media terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk menjalankan tugas mereka.

“Peranan media dalam penganjuran Visit Beautiful Terengganu 2017 tahun ini juga diharap mampu melonjakkan lagi sektor pelancongan negeri yang secara tidak langsung memberi banyak manfaat kepada rakyat dalam ekonomi setempat. 

“Saya berharap agar semangat ini akan kekal berterusan dan jalinan baik antara media bersama kerajaan negeri membawa lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang,” katanya.  – BERNAMA 

Tags: mediaTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd