Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Melayu Dulu Berani, Kini...

SHAH ALAM - “Melayu yang begitu berani dulunya kini dah jadi penakut.”demikian kenyataan...

Lukisan Di Kaki Bukan...

PETALING JAYA - Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan lakaran yang terdapat di kaki kanannya...

Tarikh PRK DUN Rantau...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan...

Malaysia Laksana Program Biodiesel...

KUALA LUMPUR - Malaysia, pengeluar minyak sawit terbesar selepas Indonesia, akan melaksanakan program...

T-Team Tekad Bangkit Ketika Bertemu Penang FA Esok

KUALA TERENGGANU – Skuad The Titans tekad untuk bangkit bagi menebus kekecewaan ketika menentang Penang FA dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah esok.

Pengendalinya Racmad Darmawan berkata pihaknya juga telah mengatur beberapa strategi bagi meraih tiga mata penuh bagi membolehkan mereka berada di kedudukan terbaik.

“Semua pemain berada di dalam kedaan baik dan kita harap mereka mampu memberi saingan sengit kepada pasukan pelawat malam esok. Kita juga telah mengenal pasti barisan kesebelasan utama yang akan diturunkan nanti,” katanya kepada pemberita, di sini.

Jumaat lalu T-Team dibelasah 0-5 dalam aksi di Stadium Darul Makmur menentang Pahang.


Menurut Racmad, sepanjang sesi latihan sebelum berdepan dengan perlawanan itu, pemain dilihat telah menunjukkan komitmen sepenuhnya dan telah membuat perancangan rapi dengan meletakkan barisan pemain terbaik termasuk pemain import. – BERNAMA

Kategori