• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Senaraian Awam Perlu Sertai SL1M – Najib

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu syarikat senaraian awam mengambil bahagian dalam program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) atau mereka mungkin berdepan kesukaran mendapatkan kontrak-kontrak besar daripada kerajaan.

Perdana menteri berkata penyertaan syarikat-syarikat tersebut dalam program itu akan dijadikan prasyarat yang akan menentukan kelayakan untuk mendapat kontrak kerajaan pada masa akan datang.

“Saya hendak syarikat swasta terutama sekali syarikat senaraian awam supaya mengambil bahagian dalam program SL1M ini dan saya akan arahkan Perbendaharaan untuk jadikan ia sebagai prasyarat untuk dapat kontrak besar kerajaan.

“Jadi, kalau mereka tidak mengambil bahagian, peluang mereka untuk mendapat kontrak kerajaan nanti akan slim (tipis) juga,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Temu Duga Terbuka SL1M peringkat Zon Tengah 2017 serta majlis pelancaran buku dan sistem SL1M di sini hari ini.

Katanya, penyertaan syarikat-syarikat senaraian awam itu bertujuan menyediakan lebih banyak peluang latihan kepada graduan yang ketika ini kebanyakannya ditawarkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Perdana menteri berkata, langkah itu juga adalah satu daripada kaedah untuk syarikat-syarikat tersebut menyumbang kembali kepada masyarakat setelah mendapat kontrak kerajaan.

Katanya, walaupun ada antara syarikat-syarikat terbabit yang menjalankan program tanggungjawab sosial masing-masing, namun beliau mahu penglibatan yang lebih spesifik menerusi program itu.

Najib berkata, program itu yang diperkenalkan sejak 2011 adalah sangat bermakna dan membawa kesan yang cukup besar kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Katanya, menerusi program itu graduan bukan hanya didedahkan dengan pengalaman dan pengetahuan alam pekerjaan, malah berupaya meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri serta membina hubungan dengan pegawai peringkat atasan.

Jelasnya, sejak dilancarkan pada 2011 sehingga tahun lalu, seramai 99,000 graduan yang mengikuti program itu telah berjaya mendapat pekerjaan.

“Jadi, program SL1M ini menggambarkan bahawa kita amat prihatin terhadap golongan muda yang memerlukan sedikit pertolongan dan peluang latihan supaya mereka mendapat masa depan yang diharapkan,” kata Najib.

Program temu duga terbuka SL1M peringkat zon tengah itu yang bermula hari ini hingga esok menawarkan lebih 25,000 jawatan kosong dan peluang latihan daripada 100 buah syarikat.

Berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, ia menjangkakan kehadiran lebih 40,000 pengunjung yang boleh membuat permohonan kerja serta latihan dan ditemu duga secara langsung oleh syarikat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakSL1M
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Proton Perlu Rakan Strategik Perluas Pasaran Luar Negara

Next Post

THT Bertekad Bangkit Menjulang Piala TNB

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

THT Bertekad Bangkit Menjulang Piala TNB

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd