• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Perlu Rakan Strategik Perluas Pasaran Luar Negara

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd. memerlukan rakan strategik yang berupaya memperluaskan pasarannya di luar negara dengan menghasilkan kereta bermutu tinggi serta mengukuh kedudukannya dalam jangka panjang.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata sudah tiba masanya bagi Proton untuk berdiri sendiri setelah 32 tahun diselia kerajaan.

“Rakan strategik adalah bagi meningkatkan keupayaan Proton dari segi teknologi sekaligus meningkatkan keupayaannya bersaing di pasaran antarabangsa dan menghasilkan kereta bermutu tinggi,” kata Johari.

Beliau ditemui media selepas melancarkan Aplikasi Mobile Semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia di sini hari ini.

Johari turut menolak dakwaan pihak tertentu bahawa Proton akan menjual 51 peratus sahamnya kepada syarikat asing dan menyebabkan kekayaan negara tergadai.

Beliau berkata kerajaan memandang serius kedudukan pengeluar kereta nasional itu yang telah menyediakan banyak peluang pekerjaan dalam syarikat itu serta anak-anak syarikatnya.

“Ekosistem dalam Proton penting bagi kerajaan kerana kalau ia tidak diuruskan dengan baik, pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan itu akan hilang, satu situasi yang kerajaan tidak mahu lihat dalam keadaan ekonomi hari ini,” kata beliau lagi. – BERNAMA

Tags: Proton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd