• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan 6 Termasuk Anak Pegawai Kerajaan Johor

oleh
25/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata kesemua suspek yang berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditahan semalam di beberapa lokasi dalam operasi serentak bermula 8.30 pagi.

“Mereka yang ditahan merupakan anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan negeri Johor, dua pemaju, seorang peguam dan seorang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Susulan penangkapan itu, 45 akaun milik suspek yang mengandungi simpanan sekitar RM15.5 juta dibekukan, selain 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai termasuk mata wang asing berjumlah RM500,000 serta pelbagai dokumen dirampas bagi membantu siasatan, katanya.

Azam berkata berdasarkan maklumat awal, kesemua suspek disyaki bersubahat dalam pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek-projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis-premis di Johor.

“Kegiatan mereka dipercayai telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada hasil pendapatan kerajaan negeri Johor,” kata beliau.

Azam berkata SPRM akan memanggil beberapa saksi lagi untuk membantu melengkapkan siasatan.

Sementara itu, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Noor Hidayah Abdul Manaf di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd