• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Yakin Hujan Lebat Tidak Jejaskan Peratusan Undi Awal

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin hujan lebat pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu hari ini tidak akan menjejaskan peratusan keluar mengundi.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata setakat 9 pagi, kira-kira 37 peratus daripada 188 pengundi awal sudah menunaikan tanggungjawab mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat pusat pengundian awal di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu di sini, beliau berkata SPR turut berpuas hati dengan perjalanan PRK Tanjong Datu setakat ini.

“Tiada poster yang tidak diingini contohnya memburuk-burukkan personaliti itu tidak ada.

“Saya nampak banyak poster yang berdasarkan keharmonian, kekeluargaan, kesepakatan dalam kalangan masyarakat. Ini menunjukkan bahawa Sarawak mengekalkan suasana berkempen dengan keadaan cukup baik,” katanya.

Untuk pengundian awal hari ini, SPR membuka dua pusat pembuangan undi iaitu di Dewan Masyarakat Lundu di Kampung Sungai Lundu dan Dewan ULS Kem Sempadi yang masing-masing menyediakan satu saluran mengundi.

Seramai 188 pemilih atau 1.9 peratus daripada 9,959 pemilih berdaftar bagi PRK ini adalah pemilih awal, merangkumi anggota polis dan tentera yang mula menunaikan tanggungjawab mereka seawal pusat pengundian dibuka pada 8 pagi.

Mengulas lanjut, Mohd Hashim berkata beliau yakin tidak ada isu besar yang boleh menjejaskan ketenteraman di Sarawak mahupun kawasan PRK sendiri.

“Sekali lagi saya harapkan pemberita memainkan peranan yang baik dan penting dalam kita satupadukan masyarakat dan beri ketenteraman dalam masa tempoh berkempen,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRK Tanjong DatuSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd