• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Terima 272,143 Pemilih Baharu Suku Ke-4

oleh Ahmad Albab
06/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 272,143 pendaftaran pemilih baharu pada suku keempat 2016 iaitu antaran Oktober hingga Disember.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata dalam tempoh itu juga, SPR menerima sebanyak 80,821 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar.

Selaras dengan Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun 4/2016 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 7 hingga 20 Feb di 960 tempat pameran di seluruh negara, katanya.

“Sepanjang tempoh pameran berlangsung, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat pusat mengundi pada bulan Oktober, November dan Disember 2016 dinasihatkan menyemak RDPT Suku Tahun 4/2016,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi permohonan pendaftaran baharu, jika pemohon mendapati nama tidak tersenarai dalam RDPT itu, pemohon boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan diserahkan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan, katanya.

Pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama individu di dalam RDPT itu, boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C, katanya.

“Semasa tempoh pameran RDPT itu, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih,” katanya.

Menurutnya antara asas SPR mengeluarkan nama pemilih adalah kerana mereka didapati tidak berhak untuk terus kekal dalam daftar pemilih atas sebab seperti telah meninggal dunia atau lucut hak warganegara.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pameran RDPT Suku Tahun 4/2016, orang ramai boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88927018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Pemohon juga boleh melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam RDPT Suku Tahun 4/2016. – BERNAMA

Tags: Daftar PemilihSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd