• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sibuk Menyanyi, Mya Tolak Tawaran Berlakon

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Mya yang sebelum ini dikenali sebagai Maya Matahari sudah lama tidak menghiasi paparan paparan skrin kaca televisyen.

Menurut selebriti genit ini kepada sebuah portal hiburan, dia terpaksa menolak tawaran berlakon yang diterimanya ekoran sibuk dengan undangan persembahan nyanyian.

“Alhamdulillah, rezeki buat persembahan pentas masih ada. Terima kasih buat semua yang menghargai. Tetapi saya akui, terpaksa tolak tawaran berlakon pula kerana komitmen kini pada nyanyian,” katanya kepada Media Hiburan.

Meskipun sibuk dengan aktiviti nyanyian, namun Mya turut menyatakan kesediaan untuk berlakon sekiranya peranan dan watak yang diterima itu tidak berat dan mengganggu jadual nyanyiannya.

Sibuk Menyanyi, Mya Tolak Tawaran Berlakon
Mya bersama rakan-rakan artis.

Keputusan itu diambil oleh pelakon berusia 41 tahun ini kerana dia mengerti terdapat segelintir dalam kalangan peminatnya yang rindu untuk melihatnya berlakon dan menghiasi paparan skrin kaca televisyen.

“Kalau berlakon drama atau pun membuat cameo mungkin boleh kerana ia tidak makan masa yang lama. Saya boleh consider. Banyak peminat yang rindu mahu tengok saya berlakon sebenarnya.

“Tapi Lebih baik kita terus terang dari menipu tak datang ke lokasi di kemudian hari. Saya tak mahu menyusahkan semua orang. Jadi saya tak berani,” jelasnya.

Mya popular sekitar tahun 90-an dengan lagu Diari Biru dan Matahari, selain pernah mengeluarkan tiga album iaitu Satu Jam Lagi (1995), Sinar Cinta (1998) dan Mata Maya (2010). – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Media Hiburan

Tags: Maya MatahariMya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Maya Matahari Meninggal Dunia

18/03/2020
0

PENYANYI dan penyampai radio, Haiza mengesahkan berita mengenai penyanyi, Mya Ruslee atau Maya Matahari yang disahkan meninggal dunia jam empat...

Ramadan Buat Maya Matahari Mahu Kekal Bertudung

24/06/2018
0

SEJAK Ramadan lalu, ramai selebriti wanita tanah air yang mengambil keberkatan bulan puasa itu dengan kelihatan manis berhijab. Malahan ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd