Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Anak Mungkin Cacat Di...

KUALA TERENGGANU - "Anak saya mungkin mengalami kecacatan di muka dan tangan sebab...

Muhyiddin Umum Peruntukan Tambahan...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan...

EU Desak Suu Kyi...

STRASBOURG - Ketua Diplomatik Kesatuan Eropah (EU) semalam mengecam tindakan Myanmar memenjarakan dua...

Taman Laut Labuan Kini...

LABUAN - Taman Laut Labuan kini menjadi habitat kepada pelbagai ekosistem marin terdiri...

Shah Firdaus Raih Gangsa Di Kejohanan Trek Piala Dunia

KUALA LUMPUR – Pelumba sedang meningkat naik, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih pingat gangsa acara keirin elit lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pelumba berusia 22 tahun itu memberi tentangan sengit sebelum wakil Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata dan peserta Kanada, Hugo Barrette melintasi garisan penamat, masing-masing memenangi pingat emas dan perak.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi laman twitter rasminya meluahkan rasa gembira atas kejayaan Muhammad Shah itu.

“Remember this guy. The future of Malaysian track cycling is bright (Ingat dia. Masa depan trek berbasikal Malaysia adalah cerah),” katanya menerusi twitter @Khairykj hari ini. – BERNAMA

Kategori