• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Separuh Maraton Antarabangsa Kelantan 22 April Ini

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) Kelantan buat julung kalinya akan menganjurkan Separuh Maraton Antarabangsa Kelantan 2017, pada 22 April ini.

Pengerusi MSN Kelantan Datuk Rosmadi Ismail berkata program tersebut disasar menarik penyertaan kira-kira 10,000 pelari maraton dari dalam dan luar negara.

“Penganjuran acara besar ini adalah idea Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang melihat potensi besar pantai timur seperti Kelantan dijadikan destinasi pelancongan sukan peringkat antarabangsa terutama di rantau Asia Tenggara termasuk bagi acara maraton,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Rosmadi sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Penganjuran Separuh Maraton Antarabangsa Kelantan 2017 di Wisma MSN Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata perlumbaan maraton itu terdiri daripada empat jarak laluan iaitu 21 kilometer (km), 10km, 5km dan 3km yang akan bermula dan berakhir di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini.

Rosmadi berkata antara kategori yang dipertandingkan merangkumi kategori kanak-kanak (7 hingga 12 tahun), remaja (13 hingga 17 tahun), terbuka lelaki dan terbuka wanita (18 hingga 39 tahun) serta veteran (40 tahun ke atas).

Beliau berkata setakat ini lebih 500 peserta telah mengesahkan penyertaan masing-masing sejak pendaftaran program itu mula dibuka secara dalam talian lima hari lepas.

Rosmadi berkata KBS bagaimanapun belum memuktamadkan bentuk hadiah yang akan diberikan kepada pemenang setakat ini.

Katanya peserta yang berminat untuk menyertai larian berkenaan boleh mendaftar di www.sports360.my atau mengisi borang secara manual di MSN Kelantan. – BERNAMA

Tags: KBSmarathon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd