• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Diperuntuk RM639.7 Juta Projek Tebatan Banjir

oleh
02/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak diperuntuk sejumlah RM639.7 juta bagi melaksana 336 projek dan program tebatan banjir di bawah rancangan boleh pinda kedua dan Rancangan Malaysia Ke-11.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia tidak termasuk RM250 juta yang diperuntuk sebelum ini kepada Sibu dan Kuching bagi tujuaan sama yang akan dilaksana dalam bulan ini.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau di sini hari ini.

Beliau berkata kunjungan itu bagi memberi taklimat kepada Abang Johari mengenai tanggungjawab, rancangan dan projek 12 agensi di bawah kementeriannya.

Wan Junaidi berkata beliau turut mendapat bantuan ketua menteri untuk mengenal pasti kawasan bagi dibangunkan tujuh stesen pemantauan kualiti udara dan air yang baharu.

“Kita berharap untuk membina stesen pemantauan udara dan air bagi negara ini pada tahun ini dan stesen-stesen ini adalah antara komponennya.

“Kini kita menggunakan Sistem PM10 tetapi yang baharu merupakan penambahbaikan kepada PM2.5 yang boleh mengesan bahan terapung seperti yang digunakan di Singapura,” katanya.

Beliau berkata sistem tersebut akan berpusat di Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar yang akan berfungsi sepenuhnya menjelang tahuh depan. – BERNAMA

Tags: Projek Tebatan Banjirsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd