• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saran Imigresen Beri Insentif Kepada Pemberi Maklumat

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar pihak Imigresen mempertimbangkan pemberian insentif kepada orang ramai yang memberi maklumat sahih sehingga tertangkap dalang sindiket penyeludupan manusia.

Baginda bertitah ia penting untuk diberi perhatian atas dasar bagi menghargai inisiatif serta keberanian mereka membantu anggota penguat kuasa dengan menyalurkan maklumat selain mempunyai semangat memelihara benteng keselamatan negara.

“Imigresen juga perlu memperkenalkan mekanisme berkesan bagi memastikankeselamatan dan kerahsiaan pemberi maklumat agar meningkatkan keyakinan orang ramai untuk berani tampil memberi maklumat mengenai sebarang kegiatan penyeludupan,” titah baginda.

Baginda bertitah pada majlis santapan malam bersempena ‘Program Institusi Raja dan Imigresen Memartabatkan Kedaulatan, Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat dan Negara’ anjuran Jabatan Imigresen Malaysia di Kompleks Terinai, Empangan Timah Tasoh malam tadi.

Keberangkatan baginda disambut oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali yang turut membaca ‘Pengistiharan Ikrar Taat Setia’ Jabatan Imigresen Malaysia yang kolektif dan berterusan, akan memelihara kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Plak perisytiharan tersebut telah dipersembahkan kepada Tuanku Raja Muda sebelum itu di majlis sembah mengadap yang diadakan di Bilik DiRaja Kelab Golf Putra di Sungai Batu Pahat di sini.

Tuanku Syed Faizuddin turut meminta kerjasama seluruh rakyat terutama yang tinggal di sempadan negara supaya tidak sekaki-kali terlibat dengan sebarang sindiket penyeludupan manusia semata-mata untuk mengecapi kemewahan dengan cara yang mudah.

Baginda bertitah rakyat seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan dengan melaporkan aktiviti-aktiviti yang melanggar peraturan dan undang-undang berkaitan secepat mungkin.

“Kita perlu faham dalam perspektif Malaysia hari ini, perkembangan ekonomi yang tidak kurang rancaknya dan keamanan yang dikecapi menarik minat golongan ini (warga asing) untuk datang ke negara ini bagi mendapat pekerjaan.

“Sebarang kegiatan penyeludupan boleh menjejaskan imej negara selain menyebabkan kehilangan hasil cukai dan hak rakyat. Jadi semua pihak perlu menggalas tugas membanteras permasalahan ini dari melarat,” titah baginda.

Terdahulu Mustafar turut serta dalam program ‘Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali kesembilan bagi tahun ini sejauh 10 kilometer serta singgah dan meninjau Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Malaysia dan juga Thailand di Wang Kelian. – BERNAMA

Tags: ImigresenRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd