• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Program Mylesen Tidak Begitu Menggalakkan

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Mylesen yang dilancarkan sejak 2015 yang bertujuan menggalakkan golongan belia memiliki lesen B2 (motosikal berkuasa kurang 250cc) kurang mendapat sambutan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancang dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob berkata walaupun bayaran bagi mendapatkan lesen berkenaan hanya RM299 berbanding kadar biasa iaitu kira-kira RM350, namun ramai anak muda tidak mengunakan kesempatan itu.

“Dengan harga yang ditawarkan, apa yang kita boleh lihat sambutan masih lagi tidak begitu menggalakkan kerana mereka tidak kisah dan tidak ambil peduli akan pentingnya untuk mendapatkan lesen memandu secara sah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Bil 3/2016 Daerah Gombak, di sini, hari ini.

Yusoff turut berkata pelbagai aktiviti kesedaran awam mengenai program itu telah dijalankan tetapi gagal menarik minat anak muda untuk mendapatkan lesen.

Beliau berkata ibu bapa berperanan menggalakkan anak mereka memiliki lesen memandu selain sentiasa menasihati mereka supaya tidak mengabaikan peraturan jalan raya.

Program MyLesen dengan slogan 1 Rakyat 1 Lesen itu menyasarkan golongan belia yang belum memiliki lesen memandu sah dan terdiri daripada mereka berumur 16 tahun ke atas di bandar dan luar bandar. – BERNAMA

Tags: JPJlesen memandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd