Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Siasatan Kes Simbah Asid...

KUALA LUMPUR : Polis masih berusaha untuk mengenal pasti motif kejadian serangan terhadap...

Kes Adib: Tiada Sebab...

KUALA LUMPUR - Tiada keterangan jelas diperoleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengaitkan...

Mahfuz Kata PAS Jangan...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas PAS Pusat...

Mahfuz Mahu Terus Main...

KUALA LUMPUR - "Saya hanya meninggalkan parti PAS, tetapi selamanya saya tidak akan...

Bekalan Mudah Didapati, Remaja Ketagih Ketum

POKOK SENA – Ramai pelajar mudah terjebak dalam gejala pengambilan ketum dan dadah berikutan bahan terlarang itu mudah didapati selain dipengaruhi rakan sebaya, kata polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, ini berikutan aktiviti penanaman pokok ketum secara berleluasa oleh penduduk di kawasan pedalaman menyebabkan ramai remaja terdedah dan terjebak dalam pengambilan air ketum sebelum mengambil dadah.

Tabiat itu bermula dengan minum air ketum, kemudian mencuba dadah hingga sukar membuang tabiat itu dan mengundang pelbagai kegiatan jenayah dan masalah sosial, katanya selepas merasmikan Program Remaja Berwawasan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payung di sini hari ini.

“Melalui perjumpaan dengan pemimpin setempat terutama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pokok Sena baru-baru ini, isu daun ketum, dadah dan isu jenayah banyak dibangkitkan oleh golongan pemimpin kawasan terbabit,” katanya.


Beliau berkata polis akan terus bekerjasama dengan pihak pengurusan sekolah bagi menjalankan program-program kesedaran mengenai bahaya daun ketum dan dadah.

Katanya paling bahaya adalah dadah moden kerana dadah ini sangat mahal dan boleh mengundang kegiatan jenayah seperti mencuri atau meragut semata-mata untuk membeli dadah. – BERNAMA

Kategori