Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Alami ‘Soft...

KAJANG - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah...

Budak 7 Tahun Meninggal...

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun dari Kampung Lebor, Serian,...

Tommy Lantik Sulaiman Dan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara lantik Datuk Sulaiman Abdullah sebagai peguam mengetuai...

Kerajaan Belum sedia Benarkan...

PUTRAJAYA - Kerajaan masih belum bersedia membenarkan pengusaha menerbangkan kereta terbang di negara...

Rasuah: Pengarah Kolej Vokasional, 2 Lelaki Direman

KANGAR – Seorang pengarah Kolej Vokasional di Perlis direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kangar, Monica Joseph Gaisah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman wanita berusia 55 tahun itu sehingga Selasa depan.

Pengarah wanita itu tiba di mahkamah di sini pada kira-kira 10 pagi. Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Perlis Yaacop Angah berkata wanita itu ditahan semalam kerana dipercayai terbabit dalam penyelewengan berkaitan sebut harga barang perkhidmatan latihan bernilai hampir RM500,000.


“Dua lagi lelaki turut ditahan bagi membantu siasatan iaitu masing-masing seorang pengurus syarikat berusia 55 tahun dan eksekutif pemasaran 29 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan. – BERNAMA

Kategori