• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Hadir Kuliah Nik Aziz Tapi Pilihan Raya Kalah!

oleh AK-47
25/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Tok Guru Nik Aziz (bekas Murysidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) kalau kuliah di Pulau Melaka pun jalan jadi sesak tapi bila pilihan raya (PAS) kalah,” kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub.

Justeru, kata beliau, bilangan ramai orang menyertai Himpunan 355 anjuran PAS di ibu negara baru-baru ini tidak bermakna PAS boleh menang dalam pilihan raya akan datang.

Beliau sebaliknya mendakwa PAS hanya boleh menang banyak kerusi dalam pilihan raya selepas bertahaluf dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti dalam era reformasi sebelum ini.

Beliau turut mendakwa bahawa ahli PAS belum pun sampai 1 juta orang pada hari terakhir beliau meninggalkan parti itu untuk menyertai PAN.

“Kalau ikut statistik pada hari terakhir saya tinggalkan pejabat PAS ketika itu adalah hampir 1 juta ahli PAS. Itu yang kita dakwa, Itu tak buat pembersihan.

“Ok-lah kata 1 juta, tetapi yang hadir (Himpunan 355) 20,000. Kalau saya jadi Ketua Pemuda PAS saya boleh bawa lebih daripada itu.

“PAS ni nak anjur bawa orang ramai memang tiada masalah. Kalau hadir hari tu setengah juta orang pun saya tak terkejut tetapi pilihan raya belum tentu boleh menang,” katanya dalam satu wawancara dengan media baru-baru ini.

Salahuddin dan beberapa bekas pemimpin PAS menubuhkan PAN selepas gagal mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti itu dua tahun lalu.

PAN ditubuhkan kononnya bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan selepas PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang oleh DAP dan PKR.

DAP dan PKR menyingkirkan PAS kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dilihat boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pembangkang.

Pakatan Harapan kemudian menandatangani perjanjian kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PPBM ditubuhkan Mahathir kerana berdendam dengan UMNO selepas hasrat beliau mengangkat orang kanannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ditolak parti itu. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: PASpolitikPRU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd