• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Sabah Waspada Janji Kosong Parti Baharu

oleh AK-47
14/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dengan janji kosong dibuat oleh parti baharu yang hanya wujud untuk pilihan raya.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pemimpin parti baharu itu, termasuk yang diterajui oleh bekas menteri persekutuan, hanya tahu menabur janji namun tidak akan mampu ditunaikan.

“Dia ingat rakyat kita mudah diperbodohkan. Orang Sabah bijak dan tahu menilai mana yang baik dan betul,” katanya ketika berucap pada Majlis Menjiwai Rakyat di Kampung Padas di sini, hari ini.

Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga berkata sebaliknya Barisan Nasional (BN) terbukti ada rekod yang baik dalam melaksanakan pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat di negeri ini.

Katanya ini kerana, kerajaan BN yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutamakan pendekatan mendengar luahan dan masalah rakyat menerusi konsep turun padang pemimpin BN di peringkat pusat dan negeri.

“Saya sendiri selalu turun padang berjumpa rakyat di semua daerah di negeri ini untuk mendengar masalah rakyat dan diselesaikan dengan cara terbaik,” katanya.

Pada majlis itu, Musa menyampaikan sumbangan 150 beg sekolah dan anugerah murid cemerlang Sekolah Kebangsaan Padas selain 200 unit kerusi kepada sekolah itu.

Beliau turut mengumumkan kelulusan pembaikan Dewan Kampung Padas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa AmanSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd