Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Angka Kematian Covid-19 Global...

ANGKA kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini merekodkan 175,000 kes setakat jam...

Rafizi Mungkin Dilantik Semula...

KUALA LUMPUR – Mohd Rafizi Ramli berkemungkinan dilantik semula sebagai Naib Presiden PKR...

Dego Ride Diberi Masa...

SEPANG - Syarikat perkhidmatan teksi motosikal 'Dego Ride' diberi masa tujuh hari untuk...

Suami Durjana Bernafsu Lihat...

KUALA LUMPUR - Selama dua tahun, seorang wanita terpaksa menanggung derita akibat kecenderungan...

Promosi Thaipusam, Batu Caves Tarik Pelancong

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu usaha mempromosi Batu Caves sebagai salah satu lokasi pelancongan penting negara terutama ketika musim perayaan Thaipusam perlu dilipatgandakan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini berdasarkan rekod kehadiran pelancong dalam dan luar negara ke kawasan ini tahun lalu yang berjaya menarik seramai 1.5 juta orang.

“Saya merasakan bahawa perayaan ini bukan saja program keagamaan (masyarakat Hindu) yang saya sendiri hormati, malah seramai 1.5 juta orang dari dalam dan luar negara juga ada di tempat ini tahun lalu.

“Sebagai produk pelancongan (negara), saya harap Kementerian Pelancongan adakan promosi di seluruh dunia apa yang kita rayakan pada hari ini,” kata Ahmad Zahid ketika berucap.

Beliau seterusnya berkata, perayaan Thaipusam juga adalah simbolik kepada keharmonian agama di Malaysia dan ia seharusnya dipertahan semua pihak.

Sebelum itu, Ahmad Zahid mengadakan lawatan dan kunjungan mesra ke Batu Caves, sempena perayaan Thaipusam yang disambut penuh warna warni di seluruh negara.


Turut hadir ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang juga Presiden MIC serta barisan pemimpin parti kaum India tersebut.

Beliau berkata, dengan pengecualian visa yang dilakukan kerajaan terhadap rakyat India dari kategori tertentu, ia diyakini mampu menarik mereka ke Batu Caves apabila berkunjung ke Malaysia nanti.

Mengulas lanjut, beliau akan memastikan peruntukan RM2 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menaik taraf Dataran Batu Caves, disalurkan segera. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori