• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Tanjong Datu: Azizul Bawa Amanat Ibu Ke Pekan Lundu

oleh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Suasana Pekan Lundu yang tenang dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu dimeriahkan pagi ini dengan kehadiran Azizul Annuar Adenan, anak bongsu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu.

Anak muda berusia 26 tahun itu beramah mesra dengan peniaga serta penduduk sekitar yang mengubah ‘mood’ menjadi ceria di pekan ini.

Azizul yang bertindak sebagai wakil calon, memandangkan ibunya masih dalam tempoh edah, diiringi Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian bergerak dari kedai ke kedai yang lain, bertanya khabar serta paling penting menyampaikan mesej kempen ibunya.

“Ibu sampaikan salam kepada semua pengundi DUN Tanjong Datu. Pesanan ibu kepada pengundi ialah letakkan kepercayaan terhadapnya untuk meneruskan legasi arwah bapa saya (Tan Sri Adenan Satem) dan terus berjuang untuk rakyat Sarawak dalam kawasan DUN ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Azizul kelihatan begitu bersemangat menyampaikan mesej ibunya kepada pengundi yang ditemui di pekan ini.

“Dalam pada bertindak sebagai wakil calon, ibu berpesan supaya saya sentiasa menjaga makan and pastikan ikuti apa jua program yang telah dirancang,” katanya.

Azizul berkata mereka sekeluarga yang akan bertindak sebagai wakil Jamilah sudah menerima jadual program yang direncana oleh jentera parti.

“Program yang dirancang termasuk lawatan ke kampung-kampung serta rumah panjang di kawasan Tanjong Datu sehingga hari pengundian.

“Kami (anggota keluarga) mempunyai kumpulan sembang kami dalam media sosial dan sentiasa mengemas kini semua maklumat. Siapa yang akan hadir pada program yang telah dirancang akan ditentukan mengikut kesesuaian,” katanya.

Azizul berkata ibunya turut menerima bantuan kempen pilihan raya yang dilakukan menerusi media sosial.

Katanya ahli keluarga, rakan-rakan serta anggota BN Sarawak termasuk menteri-menteri negeri sentiasa kemas kini maklumat kempen dalam laman sosial masing-masing. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalLundusarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd