• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK: BN Kekal Tanjung Datu, Majoriti 6,443 Undi

oleh
18/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu apabila calonnya, Puan Sri Jamilah Anu diisytiharkan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) di situ.

Keputusan diumumkan Pengurus PRK Tanjung Datu, Hamsein Atar di Dewan Masyarakat Lundu di sini kira-kira pukul 7.57 malam Sabtu apabila menyaksikan BN memperoleh 6,573 undi dengan majoriti besar 6,443 undi.

Manakala lawannya iaitu calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star), Johnny Aput cuma mendapat 108 undi dan seorang lagi calon, Rapelson Richard Hamit dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru memperoleh 130 undi.

Ini turut menyaksikan kedua-dua calon tidak dikenali tersebut kehilangan wang deposit pilihan raya. Peratusan keluar mengundi ialah 69.2 peratus atau 6,891 pemilih berdaftar dengan mencatatkan hanya 80 undi rosak.

Ia agak rendah sedikit berbanding jangkaan sebelumnya lebih 70 peratus susulan ramai pengundi khasnya di luar kawasan menjangkakan BN bakal menang mudah dan mengambil sikap untuk tidak datang membuang undi.

Dalam pilihan raya Sarawak ke-11 pada tahun lalu, penyandangnya iaitu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meraih 6,360 undi dengan majoriti 5,892 undi mengalahkan wakil PKR, Jazolkipli Numan sekadar 468 undi.

PKR bagaimanapun tidak meletakkan calon untuk PRK ini kerana menyedari sentimen sokongan kuat pengundi terhadap BN. Tiada isu besar dimainkan wakil pembangkang sama ada isu GST, BR1M, 1MDB dan seumpamanya.

PRK Tanjung Datu diadakan susulan kematian secara mengejut Allahyarham Adenan dalam usia 72 tahun, akibat komplikasi penyakit jantung pada 11 Januari lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan dekat Kuching.

Sebelum ini, seramai 188 pengundi atau 1.9 peratus daripada keseluruhan 9,959 pengundi telah pun menunaikan tanggungjawab mereka mengundi di dua buah pusat pengundian awal yang dibuka pada 12 Februari lepas.

Jamilah, 61, yang juga merupakan balu Adenan, dipilih sebagai calon daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), iaitu parti teras yang memerintah gabungan komponen BN Sarawak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BNTanjung Datu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd