Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

KWSP Lulus RM20.58 Bilion...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah meluluskan 4.98 juta permohonan...

Lelaki Miliki Bom Buatan...

KUALA LUMPUR – Polis menangkap seorang lelaki yang dipercayai memiliki dua butir bom...

JDT Tak Risau Sekadar...

JOHOR BAHRU - "Tiada apa yang perlu saya risaukan pada perlawanan malam semalam,"...

Kerugian Bencana Alam Cecah...

LONDON - 10 tahun ini adalah dekad paling teruk terjejas akibat kerugian ekonomi...

Pramugari SIA Kelahiran P.Pinang Ditemukan Mati

SINGAPURA – Seorang pramugari Singapore Airlines (SIA) yang berasal dari Pulau Pinang, ditemukan mati di dalam bilik hotel di San Francisco, demikian lapor The Straits Times hari ini.

Menurut laporan itu mayat wanita tersebut ditemukan beberapa jam sebelum dia dijadualkan menaiki penerbangan balik.

“Memandangkan kes ini masih dalam siasatan, kami tidak boleh memberi maklumat lanjut,” kata SIA sebagaimana dipetik oleh laporan itu.

“Kru itu ditugaskan ke SFO (San Francisco) menerusi Penerbangan SQ2 pada 28 Jan dan dijadualkan berlepas dari SFO menerusi SQ1 pada 1 Feb,” kata SIA.

Abang mangsa dilaporkan tiba di San Francisco pada 11 malam waktu Singapura pada Khamis.

“Keutamaan kami ialah menyediakan bantuan yang perlu kepada anggota keluarga kru berkenaan,” kata SIA.


Menurut laporan itu Penerbangan SQ1 dijadualkan meninggalkan San Francisco untuk perjalanan balik ke Singapura pada awal pagi Rabu, bermakna anak kapal perlu mendaftar keluar dari hotel antara 10 dan 11 malam pada Selasa.

Memetik sumber, laporan itu menyebut Vanessa Yeap, 38, yang bertugas dengan syarikat penerbangan tersebut selama 16 tahun tidak muncul di lobi hotel menyebabkan rakan-rakan setugas pergi ke biliknya.

Selepas beberapa cubaan menghubungi mangsa gagal, mereka bertindak memecahkan pintu bilik dan mendapati wanita itu telah meninggal dunia. – BERNAMA

Kategori