• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas ‘Geng Tebuk’ Didalangi Warga Asing

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Polis Terengganu menumpaskan ‘Geng Tebuk’ yang terdiri daripada kalangan warga asing yang terlibat dalam kes memecah masuk sebuah pasar raya di Marang Januari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata kejayaan itu susulan daripada tangkapan tiga lelaki berusia 24 hingga 38 tahun di sekitar Selangor, Selasa lepas.

Beliau berkata dua suspek diberkas kira-kira 9.30 malam di Kampung Jawa, Shah Alam manakala seorang lagi ditahan di Taman Botani, Klang, setengah jam selepas itu.

Katanya hasil serbuan itu juga pihaknya berjaya merampas sebuah kereta jenis Honda Accord serta wang tunai berjumlah RM 11,000.

“Selain itu kita turut menemukan mesin pemotong besi, dua tong gas ‘oxy’ dan beberapa alat pertukangan yang digunakan untuk melakukan aktiviti berkenaan.

“Kesemua barangan ini kita rampas di rumah sewa di Kampung Jawa yang dijadikan markas mereka,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 15 Jan itu, suspek melarikan wang tunai berjumlah RM500,000 selepas memecahkan peti besi di sebuah pasar raya di Wakaf Tapai, Marang kira-kira 1.40 pagi.

Susulan kejadian itu, Wan Abd Aziz berkata polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan semua suspek yang terlibat.

Menurutnya hasil siasatan lanjut juga pihak polis menemukan resit penghantaran wang ke luar negara berjumlah RM4,000 yang dihantar secara berperingkat.

Wan Abd Aziz berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan warga tempatan turut bersekongkol dalam kegiatan kumpulan ini.

“Kita percaya kumpulan ini dianggotai lebih daripada lima orang dan mereka juga terlibat dalam kes tebuk peti besi di Terengganu dan beberapa negeri lain.

Siasatan lanjut penglibatan kumpulan masih dijalankan dan kita juga giat mengesan saki-baki anggota kumpulan ini,” katanya.

Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: polisrompakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd