• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thai Rampas Kokain Digubah Krim Kecantikan

oleh Ahmad Albab
14/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Thailand merampas kokain yang digubah menjadi krim kecantikan seberat 2.35kg di Lapangan Terbang Suvarnabhumi semalam.

Dadah itu, yang disyaki dibekalkan satu kumpulan penjenayah Rusia, digubah menjadi bahan berbentuk krim dan dibungkus sebagai losyen badan serta krim muka dengan menggunakan jenama antarabangsa.

Rahsia itu mula terbongkar apabila polis narkotik Thailand mengesan seorang wanita Ecuador yang berkelakuan mencurigakan di lapangan terbang tersebut.

Setelah memeriksa barangan kepunyaan wanita berusia 55 tahun itu, polis menjumpai losyen dan krim muka yang kemudiannnya didapati merupakan kokain, kata Pemerintah (Bahagian 3), Biro Pencegahan Narkotik (NSB) Mej-Jen Wuttipong Petchgumeard.

“Ini kali pertama kami terjumpa kokain dalam bentuk krim dan ia mungkin mengejutkan badan penguatkuasaan di seluruh rantau ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Wuttipong berkata, dalam pemeriksaan lanjut, wanita berkenaan memberitahu penyiasat bahawa dia sepatutnya menyerahkan ‘krim kecantikan’ itu kepada seorang lelaki Rusia di kawasan Bangna berhampiran Bangkok.

“Suspek warganegara Rusia berusia 31 tahun itu juga ditangkap dalam operasi susulan dan siasatan awal mendapati Bangkok merupakan hentian terakhir bagi kokain itu.

“Kokain dalam bentuk krim yang kami rampas itu datangnya daripada satu kumpulan haram Rusia dan polis akan meneruskan penyiasatan serta mungkin membuat lebih banyak tangkapan,” kata beliau.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Thailand Jen Chalermkiat Sriwirikhan, yang turut hadir pada sidang media berkenaan, mengumumkan rampasan 988,000 pil ‘yaba’ (sejenis methamphetamine) di selatan Thailand, dua hari lepas.

Menurut beliau, dadah itu berasal dari Wa State, sebuah wilayah autonomi di Myanmar, yang dirancang untuk dihantar ke Sungai Golok di Narathiwat, berhampiran sempadan Kelantan.

Katanya empat orang ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam satu lagi kes pada 9 Feb, pemerintah NSB wilayah selatan Mej Jen Dusadee Choosankij berkata polis merampas 300,000 pil ‘yaba’ di Chiangrai, di utara Thailand, yang dirancang untuk dihantar ke Hatyai.

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan polis. – BERNAMA

Tags: kokainpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd