• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Tempatan, Rampas Syabu Di Kunak

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNAK – Polis Kunak menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 53.36 gram dadah dipercayai syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Idaman di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata polis yang bertindak selepas menerima maklumat, menahan lelaki berusia 33 tahun yang tidak bekerja itu kira-kira pukul 6 petang.

“Hasil soal siasat ke atas suspek membawa polis kepada penemuan dadah yang disimpan dalam bilik di tingkat satu rumah tersebut.

“Suspek mengambil satu bungkusan plastik berwarna merah di atas almari kecil, lalu membuka bungkusan itu dan mengeluarkan satu kotak telefon bimbit bertulis ‘Kelaida’ berwarna putih,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd Nasaruddin, di dalam kotak itu terdapat 70 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan hablur jernih disyaki Syabu yang dilipat dengan kertas alumnimium setiap satu.

Katanya, polis turut merampas wang tunai RM2,246 dan kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 7 Akta Dadah Berbahaya (PH) 1988. – BERNAMA

Tags: Syabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

28/09/2025
0

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd