• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Serbu Makmal Dadah, Rampas Syabu Bernilai RM1.12j

oleh Ahmad Albab
03/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak merampas dadah bernilai lebih RM1.12 juta selepas menyerbu sebuah makmal mini memproses dadah jenis syabu di Lorong Stampin Tengah, di sini, Selasa lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata pasukan polis melakukan serbuan pada pukul 11 malam di rumah berkenaan, yang dijadikan makmal, selepas mendapat maklumat awam.

Katanya, tiga lelaki tempatan berusia 26 dan 46 tahun, dipercayai ahli sindiket, ditahan dan polis menemukan syabu kristal seberat 856.09 gram dan cecair syabu seberat 3,165 gram bernilai RM1,126,132.

Selain itu, polis turut merampas pelbagai peralatan untuk memproses dadah di rumah berkenaan, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, bekalan dadah tersebut, yang boleh menampung 8,042 penagih, adalah dipercayai untuk pasaran tempatan.

Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mazlan berkata saringan ujian air kencing terhadap tiga suspek itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan dua daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan seorang rekod kesalahan jenayah di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Ketika memberi statistik rampasan dadah di negeri ini, katanya, dalam, bulan Januari, polis merampas ganja seberat 233.38 gram, syabu cecair (485.59 gram), ketamine (55.69 gram), pil ectasy serbuk (234 biji atau 148 gram), pil eramin 5 (142 biji) (1,508.47 gram) dan 1,517 pil nospan.

Tahun lepas, katanya, polis merampas ganja 10,191.97 gram, syabu cecair (9,337.26 gram atau 5.47 liter), ketamine, pil ectasy (24,919 biji atau 651.22 gram), pil eramin 5 (2,790 biji atau 26.44 gram) dan 13,637 pil nospan. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd