• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Miri Tumpas Geng Pecah Rumah, 8 Suspek Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis berjaya menumpaskan kumpulan pecah rumah yang aktif melakukan kegiatan jenayah itu sejak Disember tahun lepas dengan penahanan lapan suspek termasuk sepasang suami isteri dalam serbuan dua hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata suspek terdiri lima lelaki dan tiga wanita berumur 19 hingga 38 tahun itu menumpukan untuk melakukan kegiatan pecah rumah di kawasan perumahan di Pujut.

Mereka dipercayai telah terlibat dalam enam kes pecah rumah serta mencuri pelbagai barangan bernilai lebih RM50,000 sejak Disember 2016 hingga Januari lepas, katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya suspek ditahan dalam serbuan berturut-turut pada Sabtu dan Ahad lepas di sebuah rumah sewa di Jalan Nangka 7, Pujut 1A di sini.

“Dalam serbuan pertama pada 4 Feb pukul 9.50 pagi, lapan individu ditahan termasuk dua kanak-kanak berumur 12 dan 10 tahun namun kedua kanak-kanak tersebut dibebaskan,” katanya.

Beliau berkata, enam suspek berkenaan termasuk sepasang suami isteri itu telah direman selama lima hari untuk siasatan.

“Serbuan kedua dilakukan semalam dan dua suspek lelaki ditahan di lokasi yang sama pada pukul 4.55 petang,” katanya.

Stanley berkata polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas kedua-dua suspek pada hari ini.

Beliau berkata, antara barangan curi yang dirampas polis daripada suspek ialah 25 unit telefon bimbit, empat tablet pelbagai jenama, tiga unit komputer riba, 11 unit powerbank dan 19 utas jam tangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimun tujuh tahun jika disabitkan kesalahan, katanya. – BERNAMA

Tags: polis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd