• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Masih Siasat Identiti Sebenar Kim Chol

oleh Ahmad Albab
15/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis masih menyiasat identiti sebenar lelaki warga Korea Utara, Kim Chol yang mati di negara ini semalam yang dilaporkan sebagai abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya juga masih menyiasat sama ada dokumen perjalanan yang digunakan Kim Chol, 47, dokumen yang sebenar ataupun palsu.

“Setakat yang kami dapat sahkan lelaki warga Korea itu dikenali sebagai Kim Chol berdasarkan dokumen perjalanan mangsa, namun kita masih siasat dokumennya (pasport) sama ada betul atau palsu.

“Saya menasihatkan pihak media jangan membuat sebarang andaian dan apa-apa perkembangan mengenai perkara ini kami akan maklumkan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenayataannya semalam berkata lelaki Korea Utara yang cuba mendapatkan bantuan perubatan awal di kaunter khidmat pelanggan klia2 semalam dikenali sebagai Kim Chol dengan pasport bernombor 836410070 dan dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun 1970.

Media asing melaporkan kononnya si mati adalah Kim Jong-Nam dan mendakwa beliau mati dibunuh.

Dalam pada itu, mayat Kim Chol dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pukul 9.30 pagi tadi dari Hospital Putrajaya dengan kawalan ketat polis.

Pada pukul 10.50 pagi ini kelihatan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh memasuki perkarangan unit tersebut sebelum beredar 10 minit kemudian.

Kira-kira 50 wartawan tempatan dan asing mula berkumpul di perkarangan unit forensik itu sejak pukul 9 pagi tadi untuk mendapatkan laporan lanjut tentang kes tersebut yang mendapat liputan luas media antarabangsa.

Kim Chol dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau pada 9 pagi.

Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dari klia2 setelah mengadu kurang sihat. – BERNAMA

Tags: Kim Jong-NamKim Jong-un
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Jenayah Penipuan Dalam Talian Meningkat

Jong-un Terima Hadiah ‘Istimewa’ Dari Russia

17/09/2023
0

MOSCOW: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menerima lima dron bahan letupan, dron peninjau dan jaket kalis peluru sebagai hadiah daripada...

Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Balistik

04/05/2022
0

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melepaskan peluru berpandu balistik, hari ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Peluru berpandu itu dilancarkan seminggu selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd