Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Malaysia Terima Pesawat Airbus...

KUALA LUMPUR - Airbus Defence and Space secara rasmi menyerahkan pesawat pengangkutan tentera...

Minta Penerima BR1M Gagal...

ALOR SETAR - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kedah yang gagal menerima...

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands...

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini...

Lelaki Hilang Ditemui Mati...

MUKAH - Lelaki yang hilang ketika menjala udang di Sungai Batang Oya, Dalat...

Polis Buru Tiga Warga Indonesia Suspek Bunuh

TAWAU – Polis memburu tiga lelaki warga Indonesia yang disyaki membunuh rakan senegara mereka, Susianto, 64, yang ditemui mati di kawasan Pulau Kalabakan Selatan dekat sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata tiga suspek berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang juga buruh ladang di Kalabakan, di sini itu dipercayai telah melarikan diri ke Bontang, Kalimantan, Indonesia.

“Siasatan awal mendapati mangsa dan tiga suspek keluar memancing di kawasan Laut Silimpopon, Kalabakan Selatan kira-kira pukul 7 pagi Rabu lepas, namun kesemua mereka tidak pulang ke rumah dan isteri seorang suspek membuat laporan di Pejabat Polis Bantuan Felda.

“Kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lepas, seorang rakan lelaki mereka menghubungi seorang daripada suspek untuk mengetahui kedudukan ketiga-tiga mereka.

“Rakan itu diberitahu mangsa telah mati dan mayatnya ditinggalkan di pulau Kalabakan Selatan. Rakan tersebut kemudian keluar mencari dan menemui mayat yang ditanam di atas bukit di situ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Fadil berkata pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan luka di belakang rusuk kanan dan lengan kiri dipercayai terkena senjata tajam manakala tangan kanan mangsa turut patah dan terdapat kesan lebam.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Kategori