• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ambil Sampel Dari Kondo Di Jalan Klang Lama

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat mengesahkan pihak polis telah mengambil sampel daripada sebuah kondominium di Jalan Klang Lama yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Beliau berkata tindakan mengambil sampel tersebut daripada kondominium The Verve Suite pada Khamis merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Namun kita tidak dapat mengesahkan secara spesifik sama ada sampel itu berupa cecair atau bahan kimia. Belum dapat disahkan secara positif kerana ia masih disiasat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan festival JomFest Carnival-BigFood di sini hari ini.

Abdull Samah juga berkata pihak polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Kimia, Jabatan Forensik dan Agensi Nuklear Malaysia untuk menyiasat sama ada bahan yang digunakan dalam kes pembunuhan tersebut mempunyai kesan radioaktif.

“Ia hanya berupa langkah berjaga-jaga yang diambil pihak polis berikutan terdapat kebimbangan dalam kalangan orang awam berhubung bahan yang digunakan dalam pembunuhan itu.

“Siasatan turut meliputi semua lokasi berkaitan kes,” tambahnya.

Mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa seorang lelaki telah ditahan dalam serbuan itu, Abdul Samah menafikan laporan itu dengan berkata tiada tangkapan baru dilakukan.

Mengenai kerjasama daripada pihak kedutaan Korea Utara bagi membolehkan pegawai kedutaannya untuk turut dipanggil bagi disoal siasat, beliau berkata setakat ini tiada sebarang pegawai daripada kedutaan itu yang tampil bagi membantu siasatan kes.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi masa yang sesuai kepada pihak kedutaan untuk menyerahkan individu yang dikehendaki tersebut.

“Satu notis akan dikeluarkan apabila tempohnya berakhir untuk meminta individu berkenaan hadir bagi disiasat. Sekiranya notis itu tidak dipatuhi, pihak polis akan meminta mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap.

“Di sebalik mempunyai kekebalan diplomatik, pihak polis akan menggunakan kuasa mereka untuk memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan kerana kes itu disiasat sebagai kes jenayah,” kata Abdul Samah.

Jong-nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Februari lalu untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita menghampiri dan menyapu mukanya dengan tangan mereka yang dipercayai telah diliputi dengan cecair beracun.

Susulan kejadian itu, dia yang datang ke Malaysia pada 6 Februari dengan memiliki pasport atas nama Kim Chol telah mengadu mengenai kejadian yang dialaminya kepada petugas keselamatan di klia2, namun dia meninggal dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

PDRM kemudiannya menahan empat individu, dua daripadanya wanita, seorang memegang pasport Indonesia manakala sorang lagi pasport Vietnam.

Dua lagi lelaki itu, seorang daripadanya adalah warga Malaysia sementara seorang lagi warga Korea Utara. Warga Malaysia itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Jong-Nampolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd