Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Semua Rakyat Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Semua rakyat Malaysia di Guinea dilaporkan selamat susulan ketidakstabilan politik...

Bantuan Tak Dapat Diberi,...

Nampaknya situasi terkini yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir dilihat semakin meruncing dan bertambah...

Pengarah Direman 7 Hari...

SHAH ALAM - Seorang pengarah agensi kerajaan direman tujuh hari bermula hari ini...

Pukat Malas ‘Pembunuh’ Utama...

Rantau Abang : Penggunaan pukat pari atau lebih dikenali sebagai 'pukat malas' oleh...

PM Sindir Pembangkang ‘Bisu’ Harga Getah, Sawit Naik

KUALA SELANGOR – Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pembangkang sering kritik kerajaan setiap kali harga minyak naik walhal ia bukan salah kerajaan kerana ia ditentukan pasaran dunia.

Serentak dengan itu, Perdana Menteri secara sinis berkata, pembangkang sebaliknya hanya membisu apabila pihak kerajaan berjaya meningkatkan harga minyak kelapa sawit sehingga berjaya mencecah RM3,300 setan.

Beliau berkata kenaikan harga komoditi itu sebenarnya adalah hasil kejayaan beliau ketika melawat China sekitar Oktober tahun lepas, apabila negara tersebut bersetuju meningkatkan pembelian komoditi sawit dari Malaysia.

Ia susulan tindakan beberapa negara Eropah yang cuba mengurangkan pembelian sawit akibat tohmahan jahat oleh pihak pelobi berkepentingan tertentu sehingga menyebabkan harga komoditi itu menjunam teruk di pasaran dunia.

“Harga sawit naik RM3,300 setan, harga getah pun naik tiga kali ganda. Malah, saya pernah tanya seorang pesara guru yang ada empat hektar kebun sawit. Dia sekarang dapat pendapatan bersih RM4,000 sebulan,” katanya.

Berucap ketika merasmikan ‘Program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor’ di Sekolah Kebangsaan Ijok di Bestari Jaya, di sini pada Jumaat, Najib turut mempertahankan subsidi bersasar yang diguna pakai buat masa sekarang.

Katanya pelaksanaan subsidi secara pukal selama ini turut dinikmati warga asing dan pelancong. Ini kerana jika bantuan itu diberi secara subsidi pukal, banyak ketirisan dan ketidakadilan berlaku terhadap kelompok sasaran.

“Kita hendak mengubah dasar (sebelum ini) daripada bantuan secara pukal atau subsidi pukal kepada bentuk bantuan serta subsidi secara bersasar ataupun disebut sebagai ‘targeted assistance’ dan ‘targeted subsidy’.

“Kalau subsidi (misalnya) untuk minyak (petrol), siapa yang lebih untung, mereka yang ada kereta besar sebenarnya lagi untung, mereka yang jadi pelancong, waima pekerja asing pun turut untung,” jelas Najib.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa sekiranya kerajaan dapat berjimat menerusi subsidi minyak, dana yang dijimatkan itu dapat digunakan untuk disalurkan bagi bantuan lain yang lebih bersasar dan menguntungkan rakyat.

najib ijok

Dalam ucapan tersebut lagi, Najib berkata kerajaan akan turut mengguna pakai dua pendekatan baharu dalam usaha mendekati rakyat iaitu subsidi bersasar dan interaksi tanpa protokol.

Perdana menteri seterusnya berkata sistem bantuan subsidi bersasar akan menggantikan subsidi secara pukal yang dilaksanakan bagi memastikan tiada pembaziran dan ketirisan dalam sistem pelaksanaannya.


Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata kerajaan kini mahu memilih pendekatan yang membolehkan pemimpin dapat berinteraksi dengan rakyat tanpa terikat dengan protokol ketat yang diamalkan sebelum ini.

“Hari ini pun saya disambut rakyat, tidak disambut dengan permaidani merah, bunga manggar tapi disambut rakyat tulus ikhlas dengan semangat berkobar-kobar. Inilah yang saya pentingkan, sambutan ikhlas rakyat,” katanya.

Beliau dalam kunjungan ini turut mengumumkan peruntukan RM1.5 juta untuk membangunkan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kampung Sungai Sembilang di sini sebagai hab agro pelancongan utama di negara ini.

Katanya kawasan Kuala Selangor berpotensi besar dalam industri agro pelancongan yang boleh memberi manfaat kepada bukan hanya golongan nelayan tetapi juga kepada seluruh rakyat di kawasan Parlimen itu.

“Kita kena mengubah cara berfikir untuk segarkan lagi kawasan. Misalnya, saya memberi peruntukan RM1.5 juta untuk tujuan membangunkan (jeti) Sungai Sembilang sebagai hab nelayan setempat.

“Apa yang akan berlaku adalah nelayan boleh jadi orang menjual tangkapan ikan sendiri, bukan melalui orang tengah. Dengan cara ini peningkatan pendapatan nelayan dua kali ganda akan berlaku,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan monumen Transformasi Nasional 2050 (TN50) SK Ijok sebagai simbolik kepada usaha serta visi kerajaan dalam membentuk hala tuju negara bagi tempoh 30 tahun akan datang.

Beliau juga melawat dan memberikan sumbangan barang keperluan asas kepada seorang ibu tunggal berusia 70 tahun, Mariamah Haji Yaakob di rumahnya di Kampung Jalan Kemajuan, Batu 8, Ijok di sini.

Katanya beliau telah mengarahkan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim untuk meneliti bantuan yang diperlukan wanita itu termasuk penggantian zink rumah yang usang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori