• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjanjian Inisiatif REDD Tidak Ikut Syarat – Wan Junaidi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan negeri Kelantan dan sebuah syarikat swasta berhubung inisiatif Melindungi Alam Sekitar daripada Pemusnahan Hutan dan Degradasi (REDD) tidak memenuhi syarat Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perjanjian itu juga bercanggah dengan syarat-syarat yang ditetapkan pertubuhan dunia tersebut.

“Mekanisme ini adalah berasaskan prinsip pembiayaan bagi jumlah pengurangan pelepasan gas rumah kaca dan tidak melibatkan mekanisme pasaran,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, semua kerajaan negeri digesa untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai inisiatif REDD daripada Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di talian 03-88861140 atau melalui e-mel di aduannre@nre.gov.my bagi memastikan kesahihan maklumat mengenai inisiatif REDD.

Baru-baru ini, syarikat kredit karbon pertama Malaysia, Climate Change Protector (CCP) Sdn Bhd dilaporkan menjalin usahasama dengan kerajaan negeri Kelantan berhubung inisiatif REDD.

Menurut laporan tersebut, syarikat itu diperuntukkan 396,000 hektar hutan atau 25 peratus kawasan tanah di negeri itu untuk dilindungi serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2)

Syarikat berkenaan yang membuat pengkhususan dalam tenaga boleh diperbaharui dan lestari, memperoleh projek itu menerusi inisiatif REDD PBB membabitkan tempoh konsesi 30 tahun dengan kerajaan negeri Kelantan.

Wan Junaidi berkata mekanisme REDD dilaksanakan di peringkat nasional dan dipantau Jawatankuasa Kebangsaan REDD yang dianggotai wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Perhutanan Negeri.

“Saya ingin menegaskan bahawa REDD merupakan inisiatif yang diiktiraf sepenuhnya oleh UNFCCC dan amat berharap agar ia tidak terjejas disebabkan aktiviti-aktiviti yang tidak beretika oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya kementerian sedang berusaha untuk mendapatkan pembiayaan bagi jumlah pengurangan pelepasan gas rumah kaca (RBP) melalui Dana Iklim Hijau (GCF).

Dana RBP tersebut akan digunakan oleh kerajaan pusat dan negeri untuk pelaksanaan program REDD, kata Wan Junaidi. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih Baik Kerajaan Yang Menanggung Beban Daripada Membiarkan Rakyat Menderita – PMX Anwar

Lebih Baik Kerajaan Yang Menanggung Beban Daripada Membiarkan Rakyat Menderita – PMX Anwar

24/10/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa lebih baik kerajaan menanggung beban subsidi minyak yang semakin meningkat...

OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam

OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam

24/10/2026
0

SEREMBAN - Persatuan Bekas Murid St. Paul, Seremban (OPA) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pengawas sekolah terbabit mengendalikan atau menghidangkan minuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd