• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penundaan JDT vs Kelantan Tidak Ikut Peraturan?

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan keperluan perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) ditunda.

Ia sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu ini namun ditunda ke tarikh lain secara tiba-tiba.

Beliau berkata, penundaan perlawanan itu tidak mengikut peraturan Liga Malaysia iaitu permohonan penundaan sesuatu perlawanan perlu dikemukakan 14 hari lebih awal atau notis tujuh hari diberikan jika melibatkan kepentingan pasukan kebangsaan atau negara.

“Benarkah perlawanan Kelantan dan JDT pada 4 Februari ditunda di saat-saat akhir. Jika benar saya minta Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) jelaskan di bawah peraturan mana ia dibuat.

Baca: Liga Super: Perlawanan Kelantan-JDT Sabtu Ini Ditunda

“Di bawah peraturan sedia ada, penundaan tertakluk kepada peraturan bertulis Liga Malaysia antaranya memerlukan permohonan 14 hari lebih awal. Jika peraturan 14C hendak dipakai pun notis tujuh hari diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dan JDT yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV Sabtu ini ditunda ke tarikh lain yang akan ditetapkan.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor dipetik berkata, penundaan perlawanan itu berikutan pasukan JDT dijadualkan ke Jepun bagi menghadapi perlawanan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Annuar dalam pada itu berkata, FMLLP membuat penjelasan berhubung perkara itu kepada umum supaya tidak dilihat tunduk kepada pihak tertentu tanpa mengambil kira kesan kepada pasukan lain.

“Setiap pasukan mempunyai 30 pemain yang boleh digilirkan. Apapun kita setuju sesetengah pasukan perlu diberi rehat yang banyak sebelum ke Kota Bharu,” katanya dengan nada sindir.

Beliau seterusnya berkata, beliau memahami JDT memerlukan masa rehat tetapi isu yang timbul mengapa jadual asal tidak mengambil kira JDT akan ke perlawanan kelayakan akhir ACL.

“Pertukaran saat akhir merugikan penyokong tuan rumah yang telah mengambil cuti, membeli tiket penerbangan dan sebagainya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTLiga Supertunda
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Harungi Empat Perlawanan Sepanjang November, Termasuk Aksi Menentang Jeonbuk Hyundai

JDT Harungi Empat Perlawanan Sepanjang November, Termasuk Aksi Menentang Jeonbuk Hyundai

31/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta'zim (JDT) dijadualkan mengharungi empat perlawanan sepanjang November 2026, termasuk tiga aksi di pentas Liga...

Peluang Jadi Ketua Sorak B.O.S Pada Separuh Akhir Piala FA JDT

Peluang Jadi Ketua Sorak B.O.S Pada Separuh Akhir Piala FA JDT

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berpeluang merasai pengalaman istimewa mengetuai sorakan Boys Of Straits (B.O.S) pada perlawanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd