Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Ajar Cara...

SHAH ALAM : Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul...

MPI Tubuh Sekretariat Tetap...

PUTRAJAYA - Majlis Perundingan Islam (MPI) menubuhkan sebuah sekretrariat tetap bagi memperinci kesemua...

Ladang Babi Cemar Alam...

KUALA LANGAT - Setelah operasi kilang haram kitar semula bahan plastik yang mencemarkan alam...

Lagu Banyak ‘Dislike’,Aliff Cuba...

SEDIH apabila video lagu Abang Nak Tegur menerima 240,823 dislike berbanding 31,948 'likes'...

Penduduk Sg. Terengganu Berhati-Hati, Kelibat Buaya

KUALA NERUS – Penduduk di kampung Seberang Bukit Tumbuh, di sini diminta berhati-hati dan tidak mendekati kawasan sungai berikutan terdapat kelibat seekor buaya di kawasan sungai berdekatan.

Orang ramai yang ditemui Bernama berkata buaya tersebut dilihat berada di tebing Sungai Terengganu sekitar pukul 3 petang semalam hingga 7 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa, Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Seberang Bukit Tumbuh, Nazri Ghani, 35, berkata buaya sepanjang dua meter itu kelihatan masih kecil dan jinak.

“Ada penduduk ingin menangkapnya dengan menggunakan jerat, tetapi tidak berjaya kerana ia berenang ke tempat air yang dalam,” katanya di sini hari ini.

Nazri berkata dua hari lepas, beliau menerima aduan daripada penduduk kampung bahawa terdapat seekor buaya di kampung Batin, juga berhampiran sungai yang sama dan beliau tidak menolak kemungkinan ia adalah buaya yang sama.


Sungai Terengganu merupakan sungai terpanjang di negeri ini yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu yang dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut. – BERNAMA

Kategori