• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Maut Tertimbus Ketika Tidur

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALI – Seramai 12 penduduk termasuk tiga kanak-kanak terbunuh akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di beberapa kampung di Bali, kata pegawai semalam.

Semua mangsa maut selepas kediaman mereka dilanda tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Kejadian yang berlaku di daerah Kintamani pada malam kelmarin itu turut menyebabkan beberapa rumah ditimbus tanah runtuh dan rosak teruk.

“Hujan lebat sepanjang hari menyebabkan tanah runtuh di tiga kampung yang mengakibatkan 12 penduduk maut,” kata jurucakap agensi bantuan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.

Menurutnya, tiga kanak-kanak yang maut dalam tragedi berkenaan berusia setahun, tujuh dan 10 tahun.

“Lima lagi mangsa cedera dengan tiga daripada mereka parah,” jelasnya.

Katanya, kejadian berlaku ketika kebanyakan penduduk kampung tidur di dalam rumah masing-masing.

Seorang pegawai agensi bantuan di Bali memberitahu, semua penduduk yang tinggal di kawasan berisiko berlaku tanah runtuh sudah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

“Semua penduduk diminta tinggal di pusat pemindahan sementara ini sehinggalah kawasan kediaman mereka selamat untuk diduduki semula.

“Pihak berkuasa bimbang kejadian tanah runtuh mungkin berlaku lagi berikutan hujan lebat dijangka berterusan selama beberapa hari lagi,” katanya.

Tanah runtuh sering berlaku ketika musim hujan di Indonesia dan banyak mengorbankan penduduk yang tinggal di kawasan lereng bukit untuk aktiviti pertanian. – AFP/myMetro Online

Tags: Balitanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd