• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kampung Bukit Besi Temangan Terseksa – PAN

oleh Ahmad Albab
08/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penduduk Kampung Bukit Besi Temangan, Machang hidup terseksa dibawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, penduduk kampung berkenaan terpaksa berhadapan dengan masalah banjir lumpur sejak sekian lama.

“Air hujan yang membawa bersama pasir dan sisa buangan akan mengalir melalui rumah penduduk kerana jalan di hadapan rumah mereka telah bertukar menjadi laluan air akibat sungai tertimbus.

“Selain itu, saya juga difahamkan kebun getah dan dusun buah-buahan penduduk kampung berhampiran dengan lombong juga telah musnah.

“Penduduk kampung masih tertanya-tanya bila masalah ini akan diselesaikan oleh kerajaan kerana mereka telah menderita sejak tahun 2014,” katanya dalam satu surat ditujukan kepada Pejabat Menteri Besar Kelantan semalam.

Husam yang kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN) berkata, sebahagian mangsa banjir berkenaan terpaksa menumpang dengan keluarga dalam rumah transit banjir yang sempit dan tidak selamat untuk didiami.

Manakala, kata beliau, sebahagian lagi terpaksa berpindah ke rumah sewa dan ini menambahkan lagi beban kos hidup mereka.

“Penduduk juga menghadapi masalah bekalan air bersih dan terpaksa bergantung kepada lopak takungan air di atas bukit,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd