Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

UTC Melaka Bukti Kerajaan...

MELAKA - Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, yang berfungsi sebagai pusat perkhidmatan sehenti...

Lelaki Ditimpa Pokok Depan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas...

Janda ‘Minta Kena Rogol’...

LAMAN media sosial baru-baru kecoh apabila sebuah rakaman menyaksikan seorang janda yang meminta...

“Terima Kasih Ya Allah...

PELAKON jelita, Elfira Loy meluahkan rasa syukur kerana diberikan diberi peluang menjejak kaki...

Pencuri Diikat Di Tiang, Dikalungkan Tong Gas

BOGOR – Seorang lelaki Indonesia diikat pada tiang dan lehernya digantung dengan tiga tong gas selepas dia ditangkap cuba mencuri peralatan memasak berkenaan.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Boy berkata, kejadian itu berlaku kelmarin apabila lelaki itu berpura-pura datang ke sebuah rumah penduduk di Pondok Damai di sini.

Katanya, ketika mangsa keluar sebentar, lelaki itu mengambil kesempatan masuk ke dalam rumah dan mencuri tiga tong gas memasak yang setiap satunya seberat tiga kilogram.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu disedari jiran mangsa yang terus mengejar suspek dan menangkapnya.

“Beberapa penduduk memukul lelaki itu sebelum mengikatnya pada tiang elektrik.

“Seorang penduduk kemudian mengambil tong gas yang dicuri itu dan menggantung pada leher lelaki berkenaan,” katanya.


Menurutnya, lelaki itu dipaksa menahan berat tong gas itu di lehernya selama hampir sejam sebelum anggota polis datang dan menahannya.

Jurucakap polis, Tri Lesmana memberitahu, suspek dilepaskan dengan amaran selepas mangsa enggan membuat laporan mengenai kejadian itu. – Agensi/myMetro Online

Kategori