Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Tubuh RCI Siasat Kematian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam tempoh 48...

Bella Selesai Beri Keterangan,...

KUALA LUMPUR: Remaja sindrom down, Bella selesai memberi keterangan secara tertutup di Mahkamah...

Perak Menukar Pemain Import...

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bertindak menukar pemain import selepas pemain...

Dr Zulkifli Perjelas Isu...

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk...

Pemandu Lori Ayam, Kelindan Maut Kemalangan Di Jempol

SEREMBAN – Pemandu lori dan kelindannya maut selepas tersepit di bahagian kepala lori dalam kemalangan di KM 36 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Noorzainy Mohd Noor berkata pemandu lori berkenaan, Tanvir Ahammed Siddique, 46, warga Bangladesh, dan kelindannya, Ismail Fadlizah, juga 46, maut di tempat kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 5.30 pagi tadi dan siasatan awal mendapati lori berkenaan yang membawa muatan ayam mentah siap diproses tiba-tiba hilang kawalan semasa melalui selekoh tajam lalu terbalik di bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian kerana tersepit di bahagian kepala lori yang remuk manakala seorang lagi kelindan Mohd Syaaban Mohd Amin, 29, cedera parah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Hasil semakan rekod kenderaan terbabit mendapati lapan kes lampau membabitkan kesalahan memandu laju dicatatkan sejak 2013 hingga 2015.


Katanya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut manakala mangsa yang maut juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori