Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Jakarta Tolak Tawaran Hantar...

JAKARTA: Indonesia menolak tawaran pihak berkuasa Arab Saudi untuk menghantar tambahan 10,000 lagi...

Tiada Kompromi Jika Ibu...

JOHOR BAHRU - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ibu bapa yang...

BAM Boleh Bantu Zulfadli...

SEPANG - Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei mahu bekas juara remaja dunia,...

RUU 355: CEO IKSIM...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)...

Pelatih Taman Buaya Putus Kaki Kanan Dibaham Buaya

SANDAKAN – Seorang pekerja sambilan di Taman Buaya Batu 8 putus kaki kanan manakala tangan kanannya hancur akibat dibaham buaya di taman itu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata dalam kejadian pada 1.45 tengah hari itu, mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun dikatakan sedang memberi makan kepada haiwan itu di kolam pertunjukan di taman berkenaan.

Katanya, selepas memberi makan, mangsa dipercayai menggosok hidung buaya berkenaan menyebabkan reptilia itu berang lalu membaham mangsa.

Katanya buaya terbabit hanya melepaskan mangsa selepas pekerja lain yang berada di tempat kejadian bertindak menghalau buaya itu.

Akibat kejadian itu, katanya kaki kanan mangsa hingga paras lutut putus manakala tangan kanannya hingga ke siku hancur dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Duchess of Kent di sini.


Azhar berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang pekerja sambilan selama enam bulan dan dijangka akan tamat kontrak pada bulan depan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Buaya

Kategori