• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan PLKS Nelayan Ditangguh – Ahmad Zahid

oleh
26/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Pelaksanaan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk nelayan yang menggaji pekerja asing ditangguhkan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan.

Penangguhan sistem PLKS itu dibuat atas keprihatinan kerajaan setelah mempertimbangkan rayuan pelbagai pihak termasuk pengusaha nelayan laut dalam yang berdepan masalah mendapatkan pekerja, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berjumlah lebih RM300,000 kepada 1,261 nelayan kawasan Hilir Perak di Dewan Serbaguna Hutan Melintang di sini petang ini.

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan replika cek bantuan kerajaan persekutuan bernilai RM11.3 juta kepada Persatuan Nelayan Bagan Datuk.

Jelas Ahmad Zahid, pihaknya menyedari masalah yang dihadapi para nelayan pada masa kini termasuk tangkapan yang semakin berkurangan termasuk penguatkuasaan undang-undang di laut oleh pihak berwajib.

“Penangguhan ini dilakukan rentetan daripada memorandum yang dihantar oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan (PNK) yang meminta (pelaksanaan) permit pekerja asing baharu ditangguhkan dan sistem lama diguna pakai.

Pelaksanaan PLKS sepatutnya dikuatkuasakan 1 Mac ini bagi awak-awak asing dengan mereka akan dikenakan bayaran RM1,505 tidak termasuk levi, insurans dan perubatan.

Jelas Ahmad Zahid, pihaknya telah bertemu dengan Menteri serta Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Pengarah Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) bagi membincangkan penangguhan berkenaan.

Ahmad Zahid juga berharap dengan penangguhan yang dibuat dan pelbagai insentif diberikan kepada nelayan, diharapkan masalah kenaikan harga ikan dapat ditangani demi kepentingan rakyat.

“Nelayan telah dapat subsidi minyak, bantuan sara hidup, insentif tangkapan ikan tetapi harga ikan kembung RM20 sekilogram. Ertinya harga ikan mahal,” katanya.

Oleh itu, katanya, para nelayan di seluruh negara perlu bekerjasama supaya harga ikan dapat diturunkan untuk membantu pengguna keseluruhan supaya mereka dapat nilai tambah (dari segi keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem PLKS) selain memperoleh protein daripada pengambilan ikan. – BERNAMA

Tags: NelayanPLKS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

P.Pinang Haramkan Mesin Simulator Selepas 2018

Next Post

6 Pelajar Cedera Ringan Selepas Bas Dinaiki Terbabas

Related Posts

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

Jari Tangan Kanan Peniaga Burger Putus Tersepit Mesin Pengisar Daging

Nelayan Didakwa Cabul Anak Luar Nikahnya Sendiri

16/11/2023
0

KOTA BHARU – Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan mencabul...

Next Post

6 Pelajar Cedera Ringan Selepas Bas Dinaiki Terbabas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd